
Sulit
4 tahun
Produk payu dara terkini viral
hi doc sya berumur 17tahun , sy nak tanya ada satu produk viral kat Malaysia skrg " Vessa Serum" to increase breast size. So many feedbacks ckp this product bagus and menjadi. Dia ckp selamat apa smua adakah produk betul2 selamat smpai bila2? Sy dgr dr pihak org lain ckp tiada produk yg boleh membuat size breast tu naik. Please tolong Doc cari produk VESSA SERUM tu. Byk wanita dh guna. Klu bnda ni TIDAK BOLEH DIGUNA Tolong sebarkan kepada wanita apa side effects dia

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, setakat ini tiada produk supplemen, cream atau serum yang boleh meningkatkan saiz payudara. Tiada makanan dan diet yang dilaporkan boleh meningkatkan payudara.
Cara untuk meningkatkan payudara adalah dengan melakukan senaman yang meningkatkan kekuatan dada, otot belakang dan bahu. Postur badan yang baik juga memainkan peranan.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.