
Sulit
4 tahun
Saffron untuk perempuan mengandung
Selamat malam doktor, saya nak tanya adakah selamat untuk isteri saya yang sedang mengandung untuk ambil herba saffron sebagai makanan tambahan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang pertanyaan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Saffron sangat bagus untuk fizikal badan manusia. namun begitu sekiranya ia diambil secara berlebihan atau diambil ketika hamil boleh menyebabkan kepada kesan sampingan lain. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada sejumlah besar safron boleh meningkatkan risiko keguguran. Sebagai contoh, satu kajian memperingatkan bahawa kuantiti yang banyak, seperti melebihi daripada 5 gram sehari, harus dielakkan semasa kehamilan, kerana dapat merangsang rahim. Sila rujuk dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan ketika hamil. Dikhuatiri akan memberi kesan sampingan kepada perkembangan bayi didalam perut.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih