
norfarahinam
3 tahun
Sakit bawah perut dan pangkal paha
Saya wanita berusia 31 tahun, sekitar 3 minggu yang lalu bawah perut (atau area rahim) saya sakit sangat sehingga sukar untuk berjalan, tidak selesa untuk duduk & sukar untuk bangun dari katil. 3 hari kemudian sakit di kawasan itu reda saya pergi berurut badan lalu tukang urut kata peranakan saya jatuh sedikit (saya tak pernah jatuh dalam masa terdekat ini) & meminta untuk tuam panas di bahagian depan perut paha & tuam sejuk di belakang badan.
Pada hari sebelum berurut itu pangkal paha saya pula yang sakit terutama pangkal paha kiri berdenyut-denyut sakit & on off berdenyut selama seminggu. Bila keadaan sedikit baik saja saya pergi ke klinik, doktor memberi vitamin saraf & Dr. pesan untuk merujuk kembali selepas 3 hari sekiranya kondisi masih sama.
Ya, keadaan semakin baik lebih kurang seminggu. Tetapi 2 hari lepas saya mengalami sakit paha sekali lagi (tanpa berdenyut). Masih boleh berjalan seperti biasa cuma sakit & sukar untuk bangun dari katil atau bangun bila duduk di lantai.
Boleh saya tahu punca-punca terjadi? Apa yang perlu saya lakukan ya? Perlu merujuk kepada doktor semula?
Terima kasih ya.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami sakit pada bahagian bawah perut atau bahagian rahim dan sakit di pangkal paha. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Keradangan saluran kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Masalah pengaliran darah atau saraf
- Perubahan hormon
Namun, ia juga boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Endometriosis
- Ovarian cyst
- Inflammatory Bowel Disease : Keradangan usus
- Batu karang
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.