
Sulit
3 tahun
Sakit dada dan nafas pendek
Sy perempuan berumur 37 tahun…doc detect sy ade gastrik…sy sering mengalami simptom sakit dada di sebelah kiri dan susah nak bernafas…nafas pendek2…rasa satu badan sejuk hingga dada berdebar2 dan sukar nak bernafas…badan jadi lemah…kaki dan tangan terasa krem…muka jadi pucat…doc bg sy ubat pantoprazole dan ubat magnesium trisilicate…selain itu sy ade mkn suplement seperti bio c dan salmon omega adakah boleh terus dimakan

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda alami antaranya adalah:
- Refluks asid perut,
- Gangguan cemas.
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada dan susah bernafas juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan organ jantung
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Gangguan otot dan saraf
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Justeru, walaupun kajian mendapati bahawa suplemen ini mempunyai khasiatnya tersendiri, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar evaluasi yang lebih komprehensif dapat menentukan pelan kesihatan dan suplemen yang paling sesuai untuk anda amalkan.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.