
Sulit
4 tahun
Sakit dada dan sakit pinggang sebelah kanan dan kiri
Saya gadis berumur 21 tahun.sejak beberapa tahun ini saya mengalami sakit dada dan sakit pinggang.pada sesetengah masa,ia agak sakit tapi,kadang-kadang sakit sikit-sikit je.sakit pinggang kadang dua-dua belah dan kadang-kadang sebelah dan sakit dada selalunya sebelah kiri.nak buang air kadang-kadang rasa ngilu

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit pinggang boleh disebabkan oleh perkara ini:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Gangguan ginjal (i.e. batu karang, acute kidney injury, dll.)
Untuk sakit dada yang dialami, ia boleh disebabkan:
- Ketegangan otot badan
- Gangguan jantung
- Gangguan saraf
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang .
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.