
Sulit
4 tahun
Sakit dada kiri seperti ditusuk jarum dan bertambah sakit jika menarik nafas
Sy lelaki berumur 17 thn , kadang kadang dada sebelah kiri sy terasa sakit seperti ditusuk jarum, dan sakitnya bertambah jika sy menarik nafas(kalau hembus nafas tidak sakit), dan beberapa saat kemudian sakit dada sy hilang begiti saja…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi iaitu sakit dada kiri seperti ditusuk jarum. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
- Penyakit keradangan pleura
- Penyakit perikarditis
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya:
- gejala berlarutan
- gejala semakin memberat
- kesukaran bernafas
- mual muntah
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi atau bagi mendapatkan info lanjut tentang masalah ini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang maslaah yang anda hadapi. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi