
Sulit
3 tahun
Sakit perut dan mual mual
Assalamualaikum doktor, saya ikhwan berumur 16 tahun. Saya ada masalah sakit perut di bawah kiri dan mual-mual. Dalam masa yang sama, perut saya asyik kembung dan kadang-kadang rasa nak muntah. Saya mula rasa sakit perut sejak seminggu lalu. Saya dah pergi klinik. Doktor kata saya ada gastrik dan perut kembung. Saya pun makan lah ubat tu. Selepas 5 hari, perut saya masih lagi sakit dan saya mula asyik nak muntah jer… Bolehkah saya tau apa masalah perut saya dan cara nak hilangkan sakit perut dan kembung perut ni doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Waalaikumsalam,
Berdasarkan penerangan anda diatas, kami memahami anda mengalami gejala sakit perut pada bahagian bawah sebelah kiri, rasa mual, perut kembung dan rasa muntah selama seminggu. Kami memahami kegelishan anda dan akan cuba membantu.
Masalah yang anda alami boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti berikut :
- Keracunan makanan
- Akut gastroenteritis
- Masalah sistem penghadaman seperti gastrik atau ulser perut
- Penyakit radang usus
- Kesan sampingan sesetengah ubat
Anda telahpun merujuk kepada doktor dan mengambil ubat yang diberikan, namun gejala anda masih berpanjangan. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor sekali lagi supaya punca masalah anda dapat disiasat dan rawatan yang lebih sesuai boleh diberikan.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.