
Sulit
3 tahun
Sakit perut dan senak
hi doktor , dalam masa tempoh 3 hari ni saya mengalami sakit perut yg sangat teruk seperti berasa senak , mencucuk² dan tidak selesa . saya juga kurang berak dalam tempoh 3 hrini tapi bila berak skli sakit akan menjadi lebih teruk dan 3 hrini saya tgh period. ketika pagi hingga siang sakit menjadi kurang tapi bila sampai wktu malam peruk akan memulas ii senak sakit sangat . bila saya tnya kepada ibu saya itu adat ketika period tapi saya agak pelik sbb sblom² ni period tak pernah sakit sampai mcm ni , doktor boleh jelaskn lebih lanjut .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah sakit perut diikuti dengan rasa senak, mencucuk-cucuk dan tidak selesa. Selain itu anda juga kurang mmembuang dalam masa 3 hari ini. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lazimnya, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Perut yang kosong sehingga menyebabkan lapar
- Pergerakan peristalsis usus dan keperluan untuk membuang air besar
- Ketegangan otot abdomen
Namun, ia juga boleh disebabkan masalah kesihatan yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian doktor dengan segera , termasuk:
- penyakit keradangan perut ( gastritis )
- Asid refluks (GERD)
- keradangan usus
- Batu karang buah pinggang
- Radang pankreas (pancreatitis)
Untuk menentukan dan mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh anda, pemeriksaan dan penilaian perlu dilakukan. Oleh itu, anda amat dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.