
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang kiri dan kanan serta bahagian bawah
saya selalu sakit pinggang kanan dan kiri dan sampai sakit bahagian bawah saya, rasa senak. saya baru 19 tahun

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit di bahagian pinggang dan bahagian yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Sakit pinggang juga boleh disebabkan oleh perkara ini:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Kemampatan cakera intervertebral
Seandainya sakit yang dirasakan adalah berlebihan sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu, maka adalah amat digalakkan untuk anda mendapatkan perawatan lanjut.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.