
Sulit
4 tahun
Sakit seakan pedih dlam zakar
Saya mengalami sakit seakan pedih disekitar pangkal kepala zakar…tiada kesan luka .sudah sapu cream yang diberikan doktor tetapi tiada perubahan…adakah ini sakit dari bahagian dalam struktur alat sulit saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan (khususnya fizikal) yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik dari pihak kami.
Walaubagaimanapun, untuk makluman anda, pedih pada zakar anda lazimnya boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kelamin atau STD seperti
- Gonorea,
- Klamidia
- Sifilis
- Jangkitan herpes
- Kankroid
- Jangkitan kandidaisis atau kulat yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Iritasi kulit akibat dari sabun atau bahan-bahan alahan terhadap kulit
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll)
- Infeksi kutu atau kuman
- Mahupun kebersihan diri yang kurang
perkara-perkara diatas juga boleh mempengaruhi gejala yang lain seperti:
- Gatal pada kemaluan
- Rasa panas atau kemerahan
- Kencing kotor
- Disuria
- Inkontinensia & lain-lain
Pastikan kebersihan alat kelamin anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Untuk mengetahui kondisi kesihatan anda secara menyeluruh, pemeriksaan yang lebih teliti perlu dilakukan terlebih dahulu… Namun buat sementara waktu anda boleh
- meneruskan rawatan yang telah diberikan
- menjaga kebersihan alat kelamin dengan baik
- menjauhi perkara yang dapat memperberatkan lagi kondisi atau gejala
- melapor ke doktor tentang kadar keberhasilan rawatan yang telah diberikan
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).