hayatiyahaya09
5 tahun
Saya nak tanya berkaitan angin pasang?
suami saya mengalami angin pasang …bengkak diatas kemaluan…adakah bahaya utk dia?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, Hernia Inguinal (angin pasang di bahagian atas kemaluan) berlaku apabila tisu, seperti bahagian usus, menonjol melalui tempat yang lemah di otot perut. Benjolan yang dihasilkan boleh menyakitkan, terutamanya apabila anda batuk, bengkok atau mengangkat objek berat.
Hernia inguinal tidak semestinya berbahaya. Ia tidak boleh sembuh sendiri dan dalam sesetengah kes boleh membawa kepada komplikasi yang lebih berbahaya. Dalam sesetengah kes, pembedahan adalah perlu untuk merawat kes hernia atau angin pasang ini.
Namun begitu, dalam kes suami puan, saya menyarankan agar beliau mendapatkan pemeriksaan ke atas benjolan tersebut bagi memastikan bengkak tersebut adalah hernia, tahap keseriusannya atau sekiranya disebabkan oleh perkara lain. Sila rujuk dengan segera jika terdapat gejala lain seperti benjolan berwarna ungu atau menyakitkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.