Anonymous

5 tahun

Saya pernah lakukan hubungan sejenis

Saya pernah melakukan hubungan sejenis dgn partner saya. Adakah saya terkena hiv

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Hi. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Hubungan kelamin sejenis yang dilakukan dengan pasangan anda hanya akan membawa risiko yang besar untuk mengakibatkan jangkitan sekiranya pasangan anda telah dijangkiti oleh HIV.

Mengikut statistik, hubungan melalui dubur membawa peratusan yang paling tinggi untuk anda mendapat jangkitan virus ini, lebih-lebih lagi jika anda bertindak sebagai penerima. Ia berlaku melalui air mani atau air yang keluar dari kemaluan pasangan anda. Selain itu, hubungan seks secara oral juga boleh memberi risiko, walaupun kebarangkaliannya adalah lebih rendah.

Tiada jawapan yang boleh saya berikan kepada anda terhadap soalan yang diajukan. Untuk mengetahui jika anda mendapat jangkitan HIV ini adalah dengan segera berjumpa dengan doktor dan menjalani ujian yang berkenaan.

Dr Ilias,

5 tahun

Salam. Terima kasih kerana menghubungi kami.

Ya, anda berisiko menghidapi HIV dengan mengamalkan hubungan sejenis. Sebenarnya, hubungan sejenis merupakan antara cara yang paling biasa HIV merebak. Amalan seks selamat adalah penting bagi mengurangkan risiko jangkitan HIV:

  1. A: Abstinence, iaitu mengelakkan seks berisiko tinggi seberapa banyak yang mungkin.
  2. B: Be faithful, iaitu bersikap setia terhadap pasangan anda.
  3. C: Condoms, iaitu penggunaan kondom yang betul. Kondom bukan sahaja berfungsi sebagai pencegah kehamilan, tetapi juga boleh mencegah penyakit kelamin. Hal ini kerana penggunaan kondom mengurangkan pendedahan terhadap cecair badan.

Anda digalakkan supaya mendapatkan ujian darah HIV secepat mungkin untuk mengetahui status jangkitan anda.

Anda juga digalakkan untuk mendapatkan post-exposure prophylaxis (PEP) selepas pendedahan terhadap HIV. Hal ini bermaksud mengambil ubat HIV dalam 72 jam selepas pendedahan selama 28 hari untuk mengurangkan risiko jangkitan. Sekian, harap membantu.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)