Sulit
5 tahun
Sesak nafas dan menelan air liur
Hai doc , saya 26 tahun saya merasa sesak nafas dan tekak saya merasa kering susah untuk saya menelan air liur dan jika saya terlelap sukar untuk saya bernafas kerana saya merasa tekak saya cepat kering walaupun 1-2 minit minum air , ada ka saya ini boleh dikatakan perlu ke kecemasan?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan tuan/puan, masalah ini adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
- Sesak nafas boleh berlaku secara akut dan kronik :
- Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan .
- Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang lama. Ia perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru.
- Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
- Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety Disorders) dan kegemukan.
Namun begitu, sesak nafas adalah yang serius dan perlu dirawat dengan segera. Oleh itu anda disarankan untuk ke klinik dan mendapatkan rawatan dan kesimpulan dalam masalah ini.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi




































