
Sulit
5 tahun
Setiap kali saya makan saya akan sesak nafas dan mengah dan saya rasa tidak puas bernafas spt nafas pendek dan mengah
Hai doc. Saya seorang perempuan yg berumur 18 . Saya mula berasa mengah setiap kali lepas makan walaupun hanya sekadar sedikit nasi Dan lauk pauk. Saya mula mengah ini pada isnin minggu lepas sehinggakan saya tidak boleh makan seperti biasa iaitu jadual makan spt breakfast, lunch and dinner. Saya hanya boleh makan nasi sekali sahaja dlm sehari kerana jika saya makan byk kali nasi ataupun jajan saya akan berasa sesak nafas Dan mengah seperti makan terlalu byk padahal hyn sedikit sahaja. Dan saya jugak mula kurang kentut dan membuang air besar dan kecil. Adakah masalah saya adalah masalah yg serious doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Penyakit jantung
- anemia
- asma
- GERD
- Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
- Kekurangan darah atau anaemia
- Jangkitan paru-paru
- Barah paru-paru
- Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
- Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.