Anonymous
2 tahun
Stress dan istihadah
Saya berumur 35 tahun dan belum dikurniakan cahaya mata. Kali pertama saya mengalami pendarahan di luar kitaran haid. Sy mengambil ubat hormon utk menghentikan pendarahan tersebut. Sebelum ini, sy kerap mengalami sakit kepala yang amat teruk ketika haid akan bermula. Selepas mengambil panadol extra, sakit kepala hilang. Apakah sakit kepala dan pendarahan ini berlaku disebabkan stress?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- stress dan emosi
- pengambilan kaffein, merokok
- tidak cukup minum air putih
- tidak cukup rehat dan tidur
- penyakit lain yang menyebabkan sakit kepala
Masalah perdarahan di luar haid boleh berlaku kerana :
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.