
Sulit
4 tahun
Supplement dan ubat-ubatan
Doktor , sya nak thu mengenai supplement atau ubat yang mengandungi pueraria mirifica. Adakah bahan tersebut akan ada kesan sampingan bila kita makan supplement atau ubat yang mengandungi bahan itu? Adakah ianya berbhya jika dimakan terlalu lama? Harap doktor boleh terangkan dgn lebih lanjut. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pueraria mirafica adalah sejenis pokok yang mengandungi bahan aktif berupa phytoestrogen. Phytoestrogen adalah salah satu bentuk hormon estrogen. Hormon estrogen berfungsi dalam meregulasi sistem reproduksi seseorang wanita. Justeru, kegunaan dan kesan tumbuhan herba ini adalah berbeza-beza pada setiap individu tergantung kepada taraf kesihatan dan kuantiti hormon pesakit tersebut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.