
Sulit
3 tahun
Supplement Iberet Folic 500
Saya 25 tahun dan disahkan pembawa thalasemia. saya ada ambil Iberet Folic 500 atas cadangan farmasi. setelah 3 kali saya makan seminggu sekali, namun pada keesokkan harinya saya dapati Air besar saya berwarna kelabu/hitam. Adakah keadaan/tindak balas tersebut normal atau saya perlu tukar supplement jenama lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sebarang supplement mengandungi zat besi seperti Iberet Folic 500 akan menyebabkan kesan kegelapan warna air besar. Ini adalah kesan umum pengambilan supplement mengandungi zai besi, tidak berkaitan dengan jenamanya dan tidak akan menjejaskan kesihatan anda.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.