
norsaparina
5 tahun
Tahi lalat tiba-tiba muncul
Salam sejahtera doktor.saya berusia 32 tahun dan merupakan seorang ibu.pagi tadi apabila mandi saya sedar tiba2 muncul tahi lalat di bahagia perut dan terdapat juga di bahagia payudara…terdapat juga tahi lalat seperti lebihan isi yang terkeluar(kecil).mengapakah terjadi?adakah sbb pemakanan atau sbb penggunaan implan.saya ada terbca jika terdpt byk jumlah tahi lalat antara punca kanser kulit.terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kemunculan “tahi lalat” pada badan anda boleh disebabkan kehamilan atau ketumbuhan. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada pakar kulit bagi pemeriksaan lanjut bagi mengetepikan diagnosis kanser kulit. Sekian.