
Sulit
4 tahun
Tanda-tanda hitam selepas kayap
Assalamualaikum…saya berumur 21 tahun dan pernah melakukan hubungan seks tanpa kondom…dalam setaun lepas saya kena kayap di pinggang…selepas pulih dan kayap tinggal parut…tanda-tanda hitam di parut kayap mula muncul…adakah ini tanda2 hiv atau sifilis

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Shingles (kayap)
- Chicken pox
- Radang kulit
- Gigitan serangga
Kayap disebabkan oleh jangkitan virus herpes zoster. Keadaan yang dapat melemahkan sistem imuniti seperti HIV boleh menyebabkan seseorang mendapat kayap. Namun begitu, tidak semestinya seseorang itu perlu menghidap HIV terlebih dahulu untuk mendapat kayap. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Kami kurang pasti berkenaan tanda atau bintik hitam tersebut. Perkara ini memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor untuk mengetahui puncanya.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.