
Sulit
3 tahun
Terasa bengkak di dalam perut sebelah kanan
dr , 30/4 bulan lepas saya telah menjalani pembedahan appendix ; sebulan selepas membuat pembedahan saya merasakan bengkak di dalam perut sebelah kanan dimana tempat itu tempat membuat pembedahan ; kemarin 31/5 saya pergi berjumpa dengan dr balik ; kemudian dr mengatakan najis tersekat disitu ; kemudian dr memberikan saya ubat sembelit ; kemudian saya balik makam ubat itu ; hrini saya cirit ; tetapi saya masih merasakan ada ketul ditempat pembedahan itu ; dan merasa ketul itu bengkak ; ketul bengkak itu bila ditekan rasa kesakitannya ; dan kadang kadang saya berasa denyut denyutan disitu ; soalan saya ada itu ketul bengkakkan yang biasa ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ketulan di perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- hernia atau bahasa awamnya adalah angin pasang
- lipoma yaitu ketulan lemak
- penyakit keradangan pelvik
- limfadenitis
- sembelit
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera kerana pemeriksaan lanjut perlu dilakukan bagi memastikan keadaan sebenar ketulan di perut anda.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.