Anonymous
5 tahun
Trichomonas vaginalis
Wife disahkan kene jangkitan ini penyakit kelamin ini. Mungkin salah saya yg agak nakal diluar. Doc telah bg ubat metrogyl jan 2018 wife dan saya sndiri memakannya selama 7 hari. Lpas tu sembuh. Skg kesan2 jangkitan trsebuat datag lagi seperti bau busuk di miss V wife, gatal badan, sakit perut. Boleh tak saya dan wife makan ubat yg sama sebab mungkin jangkitan tu datag sebab saya masih sex bebas. Lepas ini saya akan usha tidak sex bebas lagi
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman saudara, ubat metrogyl adalah sejenis anibiotik terkawal dan tidak boleh didapati dari farmasi tanpa preskripsi doktor. Anda juga tidak boleh mengambil lebihan ubat yang anda dapati daripada episode jangkitan sebelum ini kerana ubat antibiotik haruslah dihabiskan dalam tempoh tertentu dan tidak seharusnya disimpan.
Bagi mengatasi masalah jangkitan anda dan isteri, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan lanjut dengan doktor bertauliah. Anda juga haruslah menghindari perbuatan seks bebas kerana ia bukan sahaja menyebabkan jangkitan ini tetapi juga mendedahkan anda dan isteri kepada jangkitan seksual yang lebih serius seperti HIV.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan rundingan lanjut dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.