
Sulit
4 tahun
Ubat gerd pantoprazole
Hi.macam mana cara makan ubat pantoprazole yang betul?saya telah membeli d farmasi namun tiada arahan cara makan.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, ubat Pantoprazole adalah sejenis ubat proton pump inhibitor. Ini bermaksud, ubat ini berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran asid perut. Tujuan pemberian ubat ini oleh doktor ortopedik anda adalah kerana ubat-ubatan ortopedik sering menyebabkan peningkatan pengeluaran asid perut. Justeru ubat PPI seperi Pantoprazole diberikan sebagai pendamping agar asid perut tidak bertambah. Asid perut yang bertambah dapat melukakan lapisan dinding perut anda. Ini dapat menimbulkan masalah lain seperti gastritis.
Berikut adalah kegunaan ataupun indikasi lain pemberian ubat Pantoprazole:
- Zollinger-Ellison syndrome
- Ulser perut
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
Antara kesan sampingan yang sering terjadi akibat pengambilan ubat ini adalah:
- Defisiensi vitamin B12 (long-term therapy)
- Jangkitan gastrointestinal
- Mual, muntah
- Cirit birit,
- Sembelit
- Sakit perut
- Dispepsia
- Mulut kering
- Letih lemah
Cara pengambilan ubat ini pada kebiasaanya satu hari sekali setiap pagi. Ia diambil sebelum makan. Namun, untuk sesetengah keadaan pesakit diminta untuk memakan ubat ini dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Jesteru itu, anda disarankan untuk merujuk doktor berhampiran anda bagi mendapatkan dos yang betul.
Anda juga boleh rujuk kepada pihak kami di pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih