
Sulit
4 tahun
Ubat Yang Sesuai Jerawat Belakang Badan
Saya seorang wanita berumur 26 tahun. Saya mengalami masalah jerawat badan yang sangat teruk. Saya dah cuba ikut segala arahan dan nasihat serta petua2. Saya rasa jalan yang terbaik adalah dengan mengambil ubat doktor. Jika boleh saya tahu apakah ubat yang sesuai untuk masalah jerawat badan ini. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Secara umumnya jerawat berlaku disebabkan:
- fasa akil baligh manusia
- peningkatan hormon androgen dalam tubuh
- gangguan kelenjar sebum
- jangkitan kuman
- amalan pemakanan yang tinggi kandungan minyak
- dan lain-lain
Untuk pengetahuan anda, ubat antibiotik lazimnya memerlukan preskripsi dari doktor, maka anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, namun buat sementara waktu anda boleh cuba:
- produk sabun badan yang mengandungi alpha hydroxy acid (AHAs) boleh membantu pudarkan bekas jerawat
- produk mengandungi asid laktik (lactic acid)
- retinoid atau retinol akan membantu meningkatkan penyembuhan sel-sel kulit
- asid salisilik mampu mengurangkan bekas jerawat, malah boleh membersihkan pori dan mengurangkan kemerahan dan bengkak
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Selain itu, sekiranya terdapat kesan-kesan yang aneh setelah menggunakan produk seperti kemerahan, gatal-gatal, kelainan kulit, dan lain-lain, disarankan untuk berhenti menggunakan produk tersebut dan berjumpa dengan doktor yang lebih pakar.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.