Sulit
3 tahun
Asid reflux dan urine infection
hi doktor…saya berumur 27 tahun…saya disahkan ada masalah asid reflex dan urinary infection…sekarang ketika buang air kecil saya rasa ada seperti 1 tekanan yang berat sehingga menyebabkan air kecil keluar terlalu perlahan…ada kan ini disebabkan urinary infection atau pon disebabkan ada gas dalam perut…dan kadang saya rasa seperti berat dekat bahagian dada …ada kah ini juga disebabkan masalah asid reflex
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan:
- Jangkitan kelamin antara lelaki dan wanita
- Tanda-tanda awal gangguan prostat atau neoplasma
- Gangguan batu karang
Atau ia juga boleh berpunca dari:
- Tekanan peritoneum yang tinggi
- Gangguan perut kembung
- Gangguan saluran pencernaan yang lain
- Faktor kesihatan mental seperti tekanan, kebimbangan, kemurungan, dan banyak lagi
- Sesetengah ubat-ubatan
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Urologist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.