Sulit
3 tahun
Batuk berdarah,dan kesulitan untuk bernafas setiap bangun pagi
saya ramaja berumur 22 tahun ,saya mengalami batuk berdarah yg sangat banyak sejak 2 tahun lalu,dan sekarang semakin teruk,batuk tak henti² dan darah pun tak henti² keluar dari mulut
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah batuk berdarah. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- jangkitan paru-paru
- terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
- radang pada tekak menyebabkan lapisan tekak mudah terluka
- jangkitan tuberculosis
Untuk mengetahui punca batuk berdarah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.