
Sulit
4 tahun
Batuk ketika hamil. ubat apa yg sesuai untuk saya
hi doc. sy sedang hamil 28w… apakah ubat yg sesuai utk sy yg batuk ketika hamil ni? ubst apa yg sesuai utk sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah batuk ketika hamil yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat ubat-ubatan batuk terdiri daripada kategori expectorant atau supressant yang disyorkan untuk ibu mengandung. Untuk mendapatkan sebarang rekomendasi ubat secara spesifik, konsultasi bersama doktor adalah diperlukan. Hal ini adalah supaya rawatan yang tepat dapat diberikan.
Di samping itu, beberapa cadangan rawatan batuk untuk ibu mengandung di rumah sebelum mengambil ubat adalah seperti:
- Dapatkan rehat yang banyak.
- Tetap terhidrasi dengan minum air atau sup yang hangat
- Berkumurlah air garam untuk meredakan sakit tekak.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan nasihat dan penerangan lanjut mengenai masalah yang anda hadapi. Terima kasih