
Sulit
4 tahun
Batuk semasa mengandung
Hi. Saya wanita berumur 28 tahun dan kini hamil 22 minggu. Saya mengalami batuk dan selesema selama seminggu. Saya telah ke klinik untuk pemeriksaan dan doktor mengesyorkan saya untuk mengambil ubat batuk “Prospan” kerana ianya selamat untuk ibu hamil. Namun di kotak ubat menyatakan ubat itu tidak sesuai untuk ibu hamil. Adakah ini benar?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Prospan semasa kehamilan dianggap salah satu jenis ubat yang berkesan untuk rawatan batuk. Banyak kajian membuktikan bahawa manfaatnya lebih besar daripada kemungkinan risiko kepada embrio. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita hamil boleh menggunakan ubat ini tanpa berunding dengan doktor.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.