Sulit
3 tahun
Bintik putih di pangkal zakar
Saya lelaki berumur 24 tahun. Saya dapati ada bintik putih di pangkal zakar. Boleh doktor terangkan apakah itu. Dan langkah untuk pencegahan atau apa2 info lanjut?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda mendapati terdapat bintik putih di pangkal zakar dan ingin mendapat keterangan tentang keadaan tersebut.
Pihak kami memerlukan penerangan yang lebih untuk memberikan pendapat yang lebih spesifik, namun situasi berikut adalah antara kebarangkalian yang berlaku sekiranya anda belum pernah melakukan hubungan seksual:
- Jerawat
- Pori-pori tersumbat
- Ketuat
- Folikulitis
- Rambut yang tumbuh kedalam
Dan sekiranya anda pernah melakukan hubungan seksual, anda mungkin mempunyai simptom untuk penyakit berikut:
- Herpes genital
- Sifilis
- Molluscum contagiosum
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan bantuan dan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!