Sulit
3 tahun
Bolehkah cream econazine digunakan untuk merawat eczema
Anak saya mengalami masalah kulit eczema lebih kurang 5 tahun
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, krim ini adalah gabungan anti kulat dan krim steroid. Krim ini biasa digunakan bagi merawat masalah kulit seperti kurap atau jangkitan kulat.
Ubat krim ini mengandungi Econazole Nitrat dan Triamcinolone sebagai bahan aktif. Terdapat pelbagai fungsi untuk ubat econazine. Ia digunakan untuk rawatan, kawalan, dan pencegahan penyakit, keadaan dan gejala berikut:
- Alahan kulit
- Jangkitan kulat kulit
- Kandidiasis vagina
- Kaki atlet
- Tinea versicolour
- Jock gatal
Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza dan tahap sensitiviti yang berlainan. Jadi untuk mendapatkan ubat yang sesuai dengan kulit anak anda, dinasihatkan untuk merujuk doktor terlebih dahulu agar pemeriksaan rapi dapat dijalankan dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.