
Sulit
4 tahun
Cara merawat bijik pada bawah ketiak
Saya berumur 16 tahun.saya ade bijik dibawah ketiak saya. Setiap kali saya memakai deodorant, pisau pencuku dengan krim pencukur keesokan hari mesti ade bijik di ketiak saya .saya gunakan minyak angin untuk kurang bijik di bawah ketiak . Boleh dokter jelaskan bagaimana hendak bercukur tanpa ade bijik itu lagi serta cadangkan ubat yang sesuai untuk bijik pada bawah ketiak bagi mengurangkan kesan itu lagi.sekian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan di bawah ketiak ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Lymphadenitis
- Hidradenitis supurativa
- Folliculitis - keradangan folikel rambut
- Epidermal cyst benjolan bawah kulit
- Limfoma - kanser sistem limfa
- Fibroadenoma - ketumbuhan jinak (bukan kanser)
Sebaiknya anda medapatkan pemeriksaan doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan. Hal ini kerana dikhuatiri terdapat masalah jangkitan yang sekiranya dibiarkan tanpa dirawat akan menjadikan benjolan semakin parah.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.