Sulit
3 tahun
Covid19 mysejahtera daftar
Hi Dr. Saya mempunyai hypertension dan saya punya heartbeat selalu laju, more than normal rate. Selalu jugak SOB. Patut ke saya tulis dalam mysejahtera tentang penyakit ni? atau ia dikira as bukan penyakit kronik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda mengenai tentang kesulitan yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, hypertension atau penyakit darah tinggi merupakan penyakit kronik. Selain itu, pelbagai punca yang boleh menyebabkan anda mengalami degupan jantung yang laju dan sesak nafas, seperti:
- Masalah jantung
- Jangkitan sistemik oleh virus atau bakteria
- Masalah psikologi, seperti:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
Gejala yang dialami oleh anda memerlukan perhatian dan pemeriksaan doktor secepat mungkin untuk mencari puncanya. Oleh itu, kami sarankan anda untuk bercakap dengan doktor di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Sekiranya anda telah didiagnos mempunyai penyakit darah tinggi atau sebarang penyakit kronik yang lain, anda perlu menanda atau menyatakan anda mempunyai penyakit tersebut di dalam aplikasi MySejahtera.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.