Sulit
3 tahun
Darah coklat keluar dari vagina
Saya wanita 25 tahun. Saya dah tak datang bulan sebulan . Saya mengalami mual, pening dan letih . setrusnya Pada 9 dan 10/6 saya ada spotting coklat. Lpstu 18 hbln saya buat pergnancy test hasil positive . Setelah itu saya ke klinik utk buat pemeriksaan scan. Tetapi tak ada. Dr tu kata kemungkinan hasil positive adalah disebbkn oleh saya nak datang uzur atau ada jangkitan pundi kncing dan Dr ada suruh saya dtg buat pemeriksaan dua minggu akan dtg. Jadi semntara tunggu 2 minggu Saya buat ulangan test 21/6 hasil negative. Dan
pada 27&28 saya mengalami spotting darah coklat dan masih ada sedikit pada hri ini. Darah tu tak bnyk sedikit je . Dr kata sata kene monitor sahaja darah tu keluar dan trus keluar. Saya masih mengalami mual . Bila makan rasa loya dan pening . Jadi apa saya perlu lakukan . Adakah ini period atau kehamilan . Saya keliru.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanya tentang spotting dan ujian kehamilan yang anda lakukan, serta gejala seperti mual, loya dan pening yang anda alami. Kami akan cuba membantu anda.
Memandangkan anda telahpun berjumpa doktor dan ujian kehamilan kali kedua anda menunjukkan keputusan negatif, kemungkinan anda hamil adalah rendah.
Gejala spotting yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Permulaan turunnya darah haid anda
- Pengambilan pil perancang
- Ketumbuhan polip di dalam faraj, serviks atau rahim
- Abnormaliti pada serviks seperti bengkak tau ektropion
Sekiranya anda masih keliru dan gejala ini berlarutan, sila rujuk kembali kepada doktor untuk pengesahan lanjut. Anda boleh hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.