umunadiah
3 tahun
Haid ‘spotting’ 14 hari
Saya berumur 30 tahun, menggunakan IUD jenis hormon selama 1 tahun 6 bulan sehingga kini.
Masalah yang sy hadapi ialah haid luar dari kebiasaan. Haid sy teratur dan tiada masalah. Tetapi kali ini, saya mengalami haid yang sangat sedikit ‘spotting’ fresh blood dari hari pertama sehingga hari ini (14 hari). Kebiasaannya, saya mengalami haid overflow dan saya akan tamat pada hari ke 8.
Alhamdulillah tiada masalah lain spt sakit perut, cramp, pening, muntah, cirit.
Dalam 2 bulan sehingga kini saya sedang menurunkan berat badan dengan berpuasa dan diet suku suku separuh.
Temujanji IUD bersama doktor pada bulan September ini. Saya harap, Doctor OnCall boleh memberi pencerahan terhadap masalah haid spotting saya ini. Terima kasih diucapkan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, saya memahami kebimbangan anda mengenai haid spotting yang anda alami. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, haid spotting dapat disebabkan oleh beberapa perkara. Antara perkara tersebut adalah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan
lasak - Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Oleh itu, saya mencadangkan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.