Sulit
2 tahun
Hubungan seks pendarahan faraj
saya baru berkahwin…dan apabila melakukan hubungan…bahagian miss v saya akan berdarah…dan akan merasa pedih ketika di basuh…apakah masalah saya ini? adakah faraj saya kekurangan pelincir?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
Kecederaan pada dinding faraj
Pendarahan spotting
Pendarahan implantasi (kehamilan)
Penyakit kelamin ( sexually transmitted diseases )
Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
Penyakit berkaitan rahim
Penyakit berkaitan serviks
Jangkitan pada salur kencing
Batu karang
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.