Sulit
3 tahun
Spotting after period can pregnant or not
Wanita berumur 20-an. Lakukan seks pada 15/9, period pada 19/9(lewat 2hari) hingga 25/9. Mengalami pendarahan ringan seperti spotting 29/9-1/10. Adakah potensi untuk hamil? Bila masa yg sesuai untuk lakukan ujian kehamilan?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Kami memahami anda mengalami masalah haid lewat dan ingin mengetahui jika ada kemungkinan untuk anda hamil. Kami akan cuba membantu anda.
Memandangkan anda telah mendapat haid, kemungkinan untuk anda hamil adalah rendah. Pendarahan spotting boleh berlaku disebabkan :
- Penggunaan perancangan keluarga terutamanya IUCD
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Jangkitan pada sistem reproduktif
- Kecederaan pada faraj
- Ketumbuhan pada serviks atau rahim
Namun, kami tidak dapat memberikan anda kepastian tanpa maklumat lanjut. Mengenai ujian kehamilan pula, anda boleh mengambil ujian UPT kira-kira seminggu atau 10 hari dari tarikh haid terlepas. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.