Sulit
3 tahun
Darah haid atau darah implatansi
hai doctor, sy ada menjalinkan hubungan intim dalam 11 hari yg lepas. Lepas tuu sepatutnya period saya datang 1hb nanti . Tpi hari ni ada keluar darah yang warna coklat merah macam tuu tapi hanya sekejap sahaja . itu darah haid atau darah implatansi ya?dua hari lepas sy ada pergi klinik check upt negative .
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda bimbang terhadap tompokan darah berwarna coklat yang dialami. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Umumnya pendarahan atau spotting berwarna merah pekat atau coklat boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Kesan trauma
- Tekanan emosi atau stres
- Ketidakstabilan hormon (kitaran haid tidak teratur)
- Kehamilan (pendarahan implantasi) - boleh melakukan pemeriksaan USG untuk kepastian
- Penggunaan ubat-ubatan atau perancang keluarga
Namun begitu, ia juga boleh disebabkan oleh keadaan yang lebih serius seperti:
- Penyakit organ tiroid
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Radang pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
Sekiranya gejala ini berlarutan dan membuatkan anda tidak selesa, sila pergi ke klinik atau hospital berhampiran segera. Buat sementara waktu, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.