Sulit
3 tahun
Masalah hormon atay pcos?
saya wani berumur 26 tahun, saya pernah di diagnos mempunyai fibroid, cyst serta pcos. sekarang fibroid dan cyst dah tak ada. pcos pun sama . cuma sekarang period saya tak cantik . dah dua hari turun spotting saja, tapi bila cek upt negative. adakah ni di sebabkan hormon ataupun pcos ? untuk bulan lepas spotting 1 hari saja lepas pada tu freshblood turun macam biasa cuma x banyak. dan saya cuma consume folic acid GANILIA sahaja. lain² saya tak ada consume.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda bimbang terhadap tompokan darah atau spotting yang dialami. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda. Tompokan atau spotting merupakan pendarahan minimal atau sedikit yang kebiasaannya dialami oleh sesetengah wanita, tetapi sekiranya ia menyebabkan gejala, perkara ini harus disiasat untuk mengetahui punca pendarahannya.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted diseases )
- Tekanan emosi atau stres
- Ketidakstabilan hormon
- Kehamilan (pendarahan implantasi)
- Penggunaan ubat-ubatan
Maklumat lanjut mengenai sejarah kitaran haid anda perlu diketahui dengan lebih lanjut dan juga beberapa siri siasatan perlu dilakukan terhadap anda. Sekiranya gejala ini berlarutan dan membuatkan anda tidak selesa, sila pergi ke klinik atau hospital berhampiran segera .
Selain itu, kami juga sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.