Sulit
3 tahun
Spotting 2 hari sebelum period selepas makan ubat duphaston, period dijangka 11/11
saya berumur 27 tahun dan telah berkawin pade bulan januari 2021…2 minggu lepas sy checkup dgn doc di klinik… dan telah melakukan transviginal ultrasound… doc check dan didapati tidak nampak telur sy … doc doc kata sy x subur selama 2 bulan…utk makluman doc bulan 10 period sy cuma 2 hari sahaja dan hari ke3 darah haid dah stop… doc bagi ubat duphaston utk 10 hari sy makan… dan semalam 2/11 hingga 3/11 sy mengalami spotting… apekah maksudnya yaa… period sy akan datang pada 11/11 nnti…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, perdarahan spotting yang anda alami boleh disebabkan oleh proses ovulasi. Pendarahan spotting berlaku apabila ovari melepaskan telur, yang berlaku di tengah-tengah kitaran haid dari 11 hingga 21 hari selepas tempoh terakhir haid. Walau bagaimanapun, ia tidak selalu berlaku pada hari yang sama setiap bulan. Ovulasi boleh berubah-ubah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.