Sulit
3 tahun
Tompokan darah sedikit
Saya sejak 2 3 hari mengalami angin diperut . Sakit pinggang . Dan senak dibawah perut . Seperti sengugut … last period saya 30/5/21. Malam semalam 22/6/21 saya rasa ade benda mcm lelehan keluar … saya dapati ade tompokan lendir coklat . Tp sedikit sahaja. Lepastu saya rase ade yg keluar lagi. Kali ni tompokan darah . Lepas pada tu tiada lagi tompokan darah . Pagi ni saya check. Sudah tiada pada seluar dlm saya … boleh bantu saya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda bimbang terhadap tompokan darah berwarna coklat yang dialami. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda. Tompokan atau spotting merupakan pendarahan minimal atau sedikit yang kebiasaannya dialami oleh sesetengah wanita, tetapi sekiranya ia menyebabkan gejala, perkara ini harus disiasat untuk mengetahui punca pendarahannya.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted diseases )
- Tekanan emosi atau stres
- Ketidakstabilan hormon
- Kehamilan (pendarahan implantasi)
- Penggunaan ubat-ubatan
Maklumat lanjut mengenai sejarah kitaran haid anda perlu diketahui dengan lebih lanjut dan juga beberapa siri siasatan perlu dilakukan terhadap anda. Sekiranya gejala ini berlarutan dan membuatkan anda tidak selesa, sila pergi ke klinik atau hospital berhampiran segera .
Selain itu, kami juga sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.