Sulit
3 tahun
Spotting selepas haid boleh hamil atau tidak
Wanita berumur 20-an. Lakukan seks pada 15/9, period pada 19/9(lewat 2hari) hingga 25/9. Mengalami pendarahan ringan seperti spotting 29/9-1/10. Adakah potensi untuk hamil? Bilakah waktu yg sesuai untuk buat ujian?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Kami memahami anda mengalami masalah haid lewat dan ingin mengetahui jika ada kemungkinan untuk anda hamil. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, salah satu punca utama haid lewat adalah kehamilan. Selain kehamilan, haid lewat juga boleh disebabkan oleh stres, masalah berat badan. PCOS, masalah tiroid dan penggunaan ubat perancang. Ada kemungkinan bahawa punca pendarahan spotting anda disebabkan oleh pendarahan implantasi. Namun, kami tidak dapat memberikan anda kepastian tanpa maklumat lanjut. Mengenai ujian kehamilan pula, anda boleh mengambil ujian UPT kira-kira seminggu atau 10 hari dari tarikh haid terlepas. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.