Sulit
3 tahun
Faraj berdarah selepas 2 hari bersama
saya telah bersama pasangan saya 2 hari lepas . sampai ke hari ini saya masih memakai pad kerana ada pendarahan di faraj saya. selain itu, saya jugak sakit ketika kencing. dan saya jugak sakit di bahagian bawah perut. saya nak tanya, agak² apa ya masalah saya ni .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah faraj berdarah selepas melakukan hubungan seks. Anda juga mengalami sakit ketika kencing dan sakit bahagian bawah perut. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada dinding faraj
- Pendarahan spotting
- Pendarahan implantasi (kehamilan)
- Penyakit kelamin ( sexually transmitted diseases )
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Penyakit berkaitan rahim
- Penyakit berkaitan serviks
- Jangkitan pada salur kencing
- Batu karang
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.