Sulit
3 tahun
Tompokan darah di seluar dalam
saya last period pada 28/6. dan semalam ada spotting di seluar dalam. tapi pada pagi ini saya buat test upt dan mendapati resultnya negatif.adakah itu hamil atau sebaliknya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami pendarahan spotting di luar waktu haid. Kami akan cuba menjelaskan perkara ini kepada anda.
Untuk makluman anda, pendarahan spotting adalah pendarahan minima yang berlaku untuk tempoh yang pendek di antara dua waktu haid. Ia boleh berlaku disebabkan oleh beberapa perkara lain selain kehamilan. Antaranya :
- Penggunaan ubat perancang/IUCD atau ubat hormon lain
- Uterine fibroids
- Polip rahim
- PCOS
- Penyakit kelamin (STDs)
- Kecederaan pada faraj (vagina)
Selain itu, terdapat beberapa penyakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan pendarahan spotting seperti kanser serviks atau kanser endometrium. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca pendarahan spotting anda.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.