Sulit
3 tahun
Keluar cecair lendir bersama spotting
Hi doktor, Sy wanita berusia 28 tahun… Bulan ini haid sy dtg awal 4 hari…dan habis pun 4 hari sahaja…baru-baru ni… Ada lendir bewarna jernih keluar bersama spotting darah… Adakah itu darah haid atau tanda hamil? Mohon pence rahan… Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Biasa (normal)
- Stress
- Bersenam berlebihan
- Ketidakseimbangan hormon
- Pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Penyakit lain seperti sista, polip pada faraj dan lain
Faktor-faktor atas biasanya menyebabkan gejala yang serupa sekali dan amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian. Selain itu, 4 hari selepas datang haid berpeluang kecil untuk menjadi tanda kehamilan.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.