Sulit
3 tahun
Period irregular … Sebulan 2 kali period
Hai doktok … sy usia 27 tahun … Saye baru habis period tapi lepas 1 Minggu Saya Ade spotting macam period… Kalau macam tu boleh ke sy mengandung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami masalah pendarahan spotting dan ingin mengetahui sekiranya ia bermakna anda hamil. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pendarahan spotting boleh berlaku sekiranya anda hamil. Ini disebabkan pendarahan implantasi kehamilan. Anda boleh mendapatkan kepastian dengan mengambil ujian UPT. Namun, pendarahan spotting juga boleh berlaku disebabkan masalah kesihatan. Antaranya :
- Uterine fibroids
- Polip rahim
- PCOS
- Endometriosis
- Penyakit kelamin seperti chlamydia
- Kecederaan pada faraj
- Ketumbuhan pada serviks
Di samping itu, penggunaan ubat perancang juga boleh menyebabkan pendarahan spotting, terutamanya dengan penggunaan IUCD. Anda boleh merujuk kepada doktor untuk mengenal pasti punca sebenar masalah anda. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada pakar sakit puan kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.