Sulit
3 tahun
Lendir + darah selepas bersama
Keluar darah merah muda campur lendir setelah brsama dlm tempoh subur lepas period
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui kenyataan diatas, anda mengalami masalah keluar darah selepas bersama dengan pasangan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Sakit akibat dari aktiviti seksual
- luka kelamin menerusi teknik yang terlalu agresif
- kelamin wanita yang tidak cukup basah atau terlalu kering
- posisi atau cara bersetubuh yang salah atau tidak lazim
- Iritasi atau inflamasi pada organ kemaluan
- Gangguan atau alahan kulit
- Spotting
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kelamin
- Vaginismus
- Kelainan anatomi
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.