Sulit
3 tahun
Masalah period atau hamil
Saya sudah berkahwin selama 4 tahun lebih dan masih tiada zuriat. Sebelum ni period saya normal dan saya anggap masih belum ada rezeki. Tapi 2 bulan sebelum ni haid saya tidak datang dan saya mula rasa gembira tapi setiap kali cek sendiri keputusan adalah negatif. Agak kecewa la di situ. Baru berura2 nak jumpa doktor untuk pemeriksaan tiba-tiba darah keluar so saya ingatkan period saya kembali seperti biasa tapi kali ni agak berbeza dari kebiasaan. Pada awal darah keluar berwarna gelap dan kuantitinya sangat sedikit jika nak dibandingkan kebiasaan. Ada tu 1 hari cuma berapa titik sahaja. Apa masalahnya ye doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda bimbang terhadap tompokan darah yang sedikit yang dialami. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda. Tompokan atau spotting merupakan pendarahan minimal atau sedikit yang kebiasaannya dialami oleh sesetengah wanita, tetapi sekiranya ia menyebabkan gejala, perkara ini harus disiasat untuk mengetahui punca pendarahannya.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted diseases )
- Tekanan emosi atau stres
- Ketidakstabilan hormon
- Kehamilan (pendarahan implantasi)
- Penggunaan ubat-ubatan
Maklumat lanjut mengenai sejarah kitaran haid anda perlu diketahui dengan lebih lanjut dan juga beberapa siri siasatan perlu dilakukan terhadap anda. Sekiranya gejala ini berlarutan dan membuatkan anda tidak selesa, sila pergi ke klinik atau hospital berhampiran segera .
Selain itu, kami juga sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.