Sulit
3 tahun
Haid yang kunjung tiba selepas 7 hari
saya wanita berumur 19 tahun … sebelum ini sya mengalami haid selama 7 hari sahaja … dan menunggu haid untuk bulan hadapan kunjung … tapi untuk bulan nie sya mengalami pelik sedikit … selepas tujuh hari sya haid … dan berhenti pada hari ke lapan … selepas hari ke dua belas Sya dapati sya datangi tompokan merah … adakah itu haid ? kalau haid adakah itu normal ? atau penyakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai tompokan merah selepas tempoh haid. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tompokan merah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Pendarahan implantasi kehamilan bagi mereka yang aktif dalam hubungan seksual
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Oleh itu, saya menyarankan kepada anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.