Sulit
2 tahun
Pendarahan lepas ambil sample dinding rahum
hi doc. saya baru lepas ambil sample dari dinding rahim jadi saya nak tanya, pendarahan lepas ambil sample tu mcmana? staining atau bleeding mcm period? berapa hari akan berlaku pendarahan? puasa saya mcmana?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang proses pengambilan sampel dari dinding rahim. Prosedur tersebut dikenali sebagai endometrial sampling/biopsy. Alat yang digunakan dikenali sebagai Pipelle.Tisu endometrial diperiksa untuk sel-sel abnormal atau untuk kesan hormon pada endometrium.
Anda boleh menjangka gejala seperti kekejangan ringan atau ketidakselesaan semasa prosedur dan pendarahan kecil selepas prosedur, tempoh berbeza kepada setiap individu. Anda boleh menjalani puasa seperti biasa sekiranya gejala yang diterangkan dalam keadaan terkawal, Sila mendapatkan bantuan doktor sekiranya didapati gejala bertambah teruk.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.