Sulit
3 tahun
Keluar spotting sebelum haid
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya ingin mengajukan soalan untuk pasangan saya. Beliau seorang wanita berumur 22 tahun, bekerja dalam suasana yang stress hampir setiap hari.
Pada bulan September, beliau mengeluarkan spotting/bercak darah pada 9/9 hingga 15/9. (Warna merah cili dan maroon)
Selepas itu, terjadi lagi spotting pada 22/9 hingga 25/9. (Warna merah cili)
Pada 1/10 hingga 9/10 beliau period seperti biasa bermula daripada pendarahan ringan hingga ke berat dan berakhir dengan pendarahan ringan semula.
Adakah ini normal atau ada gejala yang tidak diingini yang saya perlu tahu untuk mengambil langkah seterusnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami pasangan anda mengalami masalah pendarahan spotting sebelum waktu haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, pendarahan spotting boleh berlaku jika :
- Terdapat jangkitan pada sistem reproduktif
- Penyakit radang pelvik
- Penggunaan perancangan keluarga, terutamanya IUCD
- Fibroid atau polip rahim
- Ketumbuhan pada serviks atau rahim
Kami menasihatkan anda untuk merujuk pasangan anda kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalahnya dan seterusnya mendapatkan rawatan jika perlu. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.