
Sulit
4 tahun
Gatal pada kulit, ada bintik-bintik merah
Tangan, kaki saya terasa gatal. Ada bintik-bintik merah. Saya percaya ini disebabkan kena gigitan nyamuk yang banyak, saya ada singgah kawasan kampung dan hutan.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Untuk makluman anda, gejala bintik-bintik merah yang gatal boleh disebabkan oleh gigitan nyamuk yang banyak. Namun, ia boleh juga berkait dengan lokasi yang anda pernah singgah sebelum ini. Sebab-sebab lain gejala bintik-bintik warna merah pada kulit ialah:
- Alahan kulit (Allergic dermatitis)
- Ekzema
- Gigitan kutu
- Gigitan serangga terbangan
- Reaksi anaphlyaxis
Semua perkara yang disebut di atas boleh menyebabkan keradangan pada kulit sehingga menjadikan bintik-bintik merah dan gatal.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.